Khamis, Julai 28, 2011

Adakah ini Ramadhan terakhir ...


Masjid diDataran Muar menjadi persinggahan kami bila balik kampung Batu Pahat...

Menjelang fajar ramadhan ku mohon dibukakan pintu kemaafan
untuk segala kesalahan dan kesilapan perbuatan dan juga perkataan,
mohon juga dibukakan pintu keikhlasan semoga segala cinta dan kasih sayang diberikan keberkatan..
Terima kasih atas semua kebaikan yang diberi kepada ku,
Selamat berpuasa untuk semua umat islam semoga kita diberi ganjaran pahala yang melimpah ..dan mendapat manafaat dari ramadhan yang berkah ..
Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita dan makbulkan doa yang kita pohon ..
 Aminn ................


Rabu, Julai 27, 2011

Cupcakes kak chah ..

 ..1

...2

..3..ready to go ..

Terima kasih kak chah ..
..dah terasa mood puasa..
bermulalah episod melayan kerenah anak-anak kecilku berpuasa ..
tahun ni baru nak serius latih aqil puasa dapat empat atau lima jam pun ok jugalah dalam satu hari..
tahun lepas dapat 7 hari
kali ni nampak gaya kena tukar strategi baru nak buat macam upin dan ipin ..
$$ tidak berapa digalakkan ..he..he ..
p/s: kalau ayah nak bagi sila bagi kat umi yea
abang dan kakak tak apa siadik ni nampak gayanya materialistik ..
kena terangkan apa itu puasa ikut gaya dia ..
bagi dia faham
biar dia puasa kerana Allah
bukan kerana $$ atau sesiapa ..Wallahualam

Rabu, Julai 20, 2011

Cupcakes Airis



Terima kasih rina ..untuk dibawa ke tadika ..harap-harap semua cute little khalifah akan suka menerimanya ..

Isnin, Julai 18, 2011

Cake Airis




Terima kasih Rina ..
barbie kek untuk puteri Airis diberi nama..
mesti secantik dan seanggun mamanya ..
semoga jadi anak yang baik dan solehah ..yea
Aminn ..

Khamis, Julai 14, 2011

Pink and white cupcakes




Jamu mata ditengahari ..terima kasih kepada Puan ..maaf terlupa nak tanya nama..untuk dihantar kesekolah katanya ..terima kasih sekali lagi terlalu mudah berurusan dengannya ..semoga kita berjumpa lagi ..

Rabu, Julai 13, 2011

Kek untuk Kiera ..



Kek pewimcess untuk anak dara umi ..kak ngah (Noor Syakirah Bt. Noor Azman) ..yang ke-9 tahun ..semua kaler yang dipilih pilihan syakirah hari tu ..umi ikut jerr kehendak dia ..nak letak kat mana nak letak apa umi bagi kebebasan untuk kiera pilih sendiri ..nak tulis macam mana ..semua idea dari kiera ..umi pinjamkan tangan jerr membentuk apa yang dia nak ..
umi, ayah, abang  dan adik ucapkan happy befday untuk kakak semoga membesar menjadi orang yang beriman dan berguna kepada agama bangsa dan negara ...juga bahagia didunia dan diakhirat ..
terima kasih untuk semua yang memberi hadiah dihari jadi kiera ..tok mak, mak long, mama siah, mama amy dan rakan-rakan sekelas kiera ..senyum lebar kiera hari tu ..suka sangat lah tu.

Isnin, Julai 11, 2011

Spongebob Cake 3



Mr.Spongebob untuk baby Dhiya Alexander Tay semoga menjadi anak yang baik dan beriman ..memang hencemlah baby dhiya ni peramah pulak tu ..nanti umi nak dukung lagi yea ..sweet sangat senyum dhiya ..terima kasih Mr. and Mrs.Tay sudi order kek dengan akak ..Insyaallah jika diizinkan olehNya kita berjumpa lagi ..

pssss..maaflah tak tau mana silap tapi umi sendiri tak boleh nak balas komen kengkawan yang datang ..ada sesiapa yang boleh beri tunjuk ajar ..terima kasih ....

Khamis, Julai 07, 2011

Muffin



Untuk tetamu yang datang berkunjung semalam ..terima kasih semoga urusan diantara kita menjadi dan berjaya ..ok ..umi ni baru nak belajar buat kertas kerja ..almaklum dah lama pencen nak kira budget pun kena belajar he..he  selalu budget penuhkan alamri baju ..ni dah kena tukar pulak Ya Allah semoga Kau sentiasa bersamaku ..Aminn

Selasa, Julai 05, 2011

Pandan Layer Dewi



Hijau yang mendamaikan ..
tetakala tengah load gambar ni, kedengaran azan asar berkumandang memanggil umat islam menunaikan solat ..termasuk umi mudah-mudahan hati akan menjadi tenang bila bertemuNya sebentar lagi ..
Ya Allah ku mohon padamu agar kau sentiasa tenangkan hatiku ..kuatkan semangatku ..imanku ..dan murahkanlah rezekiku ..Aminn

Ahad, Julai 03, 2011

Spongebob Cake 2




Seperti yang dijanjikan ..kek spongebob umi yang hensem ni untuk kawan umi Faziatun atau Azie ..sempena birthday anak Azie ..Muhammad Faiz ..umi ucapkan Happy Birthday semoga cepat sihat dan jadilah anak yang baik dan beriman didunia dan akhirat ..untuk Azie dan suami banyakkan bersabar insyaallah mesti ada sinar dipenghujung ..

Spongebob Cake



Ulang tayang atas permintaan sahabat baru di alam maya ..terima kasih dik sudi calling-calling akak yea ..tidak menjadi masalah pun pada kak umi ..ok sat lagi kak umi load lagi satu cik spongebob yea ..kek tu atas idea kawan akak cik annie tay ..terima kasih Mrs. Jackson Tay ...akak cuma mahukan setiap sahabat yang order kek dengan akak selesa dan puashati ..insyaallah akak cuba tunaikan kehendak kekawan kalau tak boleh akak akan beritahu juga yea ..yang penting kita jujur dan ikhlas ..

Jumaat, Julai 01, 2011

Pink Cupcakes



Cupcakes untuk jamuan perpisahan En.Dzul dari DBKL..abg dzul ni sebenarnya abang iparku ..he..he ..pandai masak dia ni ..bab melipat kain bagi kat dia ..kalau umi lipat depan dia memang failed ..so untuk memudahkan diri kalau balik kampung kami semua bagi jawatan ni pada dia ..bukan begitu abang dzul ...

Ini kita

My Blog List

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin