Rabu, April 27, 2011

Pink Cupcakes



Cupcakes untuk Nadzura ..thanks kak oya..semoga dapat result yang bagus dalam final exam ..dan tabah menghadapi 5 mei nanti insyaallah umi sentiasa doakan yang terbaik untuk kak oya ..

Isnin, April 25, 2011

Dimana hatimu ..





Bila dipersoalkan ..tidak ..
bila ditanya ..tidak ...
kenapa ..tidak apa-apa
bila mahu kepastian ..tidak juga
...................
Hatiku luka ..
apa yang pasti kini hatiku perlu kuganti
hati yang baru yang lebih ikhlas ..jujur ....dan ...setia

Ahad, April 24, 2011

Carrot cake




Kek carrot ni umi buat dua biji ...satu untuk kawan umi ...Nor dari taman kosas ..untuk makan-makan katanya terima kasih nor ...dan lagi satu untuk makan dengan anak-anak umi ..luqman ..syakirah dan aqil ..sempena birthday luqman potong kek kali yang ketiga ..syukur boleh buat sendiri kalau beli ...aduhhh mahu kering poket umi dia ni ...nampak jerr umi dia buat untuk orang ..siap pesan satu untuk abang tau umi ..ialah...aduhai anak yang bertuah semoga besar nanti jadilah anak soleh yang beriman kepada ALLAH dan Rasul...baik ..baik kepada ibu bapa juga kepada semua insan ..berguna kepada agama ..bangsa dan negara ..aminnn..

Khamis, April 21, 2011

Spiderman Cupcakes



Spiderman ..spiderman here comes the spiderman ..

Rabu, April 20, 2011

Hati yang bagaimanakah kita...



Sebagai renungan kita bersama ..kadangkala kita yang selalu dipersalahkan atas semua yang terjadi dan berlaku ..atau mungkin kerana kita tidak pernah cuba menerima takdir ..semua orang salah ....rasa diri terlalu sempurna dimata sendiri .... bukan dimata orang lain ...hanya pandai berkata " itu salah kamu ...@ ...kamu tidak bijak mengurus macam dia  ..."  fikir-fikirkanlah ....

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Kita selalu bertanya tentang keadaan kesihatan zahir tapi kita tetapi sering mengabaikan keadaan hati nurani kita. Kita sanggup menghabiskan duit ratusan ribu untuk mengubati penyakit zahir tetapi tidak mempedulikan kesihatan hati kita sedangkan tuhan hanya menerima hati kita . Firman Allah swt:“Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.”

Hati yang sihat adalah hati yang mempunyai perasaan semasa melakukan ibadat. Orang yang memiliki hati yang sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya.

Ibnul Qayyim berkata :
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca Al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”

Hati yang sihat adalah hati yang gementar apabila disebut nama tuhan . Hati yang terkesan dengan bacaan Al-Quran. Hati yang teruja bila mendengar azan. Hati yang takut apabila disebut api neraka tuhan. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat-ayat Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Al-Anfal : 2)

Hati yang sihat adalah hati yang sentiasa mengambil ibrah (pengajaran) pada setiap kejadian tuhan. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta silih ganti siang dan malam adalah tanda-tanda kepada orang-orang yang berakal.”
(Ali Imran : 190)

Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. Firman Allah swt :
“Mengapakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi supaya mereka memiliki hati yang berakal untuk memahami atau mempunyai telinga yang mendengar untuk menerima. Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi hati yang ada di dada itu yang buta.”
(Al-Hajj : 22)

Sebenarnya apa yang berlaku setiap hari pada diri kita dan sekeliling kita ada mempunyai banyak pengajaran. Sebanyak mana pengajaran yang boleh diambil setinggi itulah tahap kesihatan hati kita.

Contohnya :

Suatu hari Hasan Al-Basri diberi air untuk dia berbuka puasa. Bila air itu hampir dengan mulutnya beliau menangis. Beliau berkata “ Aku teringat akan keinginan ahli neraka seperti yang disebut dalam Al-Quran :
“Berilah hai ahli syurga , air minum untuk kami …”
(Al-A’raf : 50)

Namun jawapannya :
“Sesungguhnya Allah mengharamkan air dan rezki untuk orang kafir.”
(Al-A’raf : 50)

Hati yang sihat akan menyebabkan mulut yang baik. Mulut yang baik adalah mulut yang sentiasa menyebut nama tuhan dan tidak mengumpat, memaki, menyebar keaiban orang, mengeluh dan sebagainya.

Nabi saw bersabda :
“Tidak lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya.”
(Riwayat Hakim)

Hati yang sihat adalah hati yang khusyuk dalam ibadatnya dan hati yang sentiasa menerima kebenaran walaupun ia pahit. Firman Allah swt :
“Bilakah masanya untuk orang-orang beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yang Allah turunkan…”
(Al-Fatir : 16)

Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kamu mengingat sesuatu setinggi itulah kasihmu padanya. Sekiranya hatimu banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasihmu padanya adalah benar-benar wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cintamu pada tuhan adalah bohong.

Hati yang sihat adalah hati yang banyak runsing tentang hal akhirat dan masalah umat Islam.

Kita lihat Nabi bersabda :
“Surah Hud dan saudara2nya telah menyebabkan kepalaku beruban.”


Ini kerana surah-surah ini (Al-Hud, An-Nazia’t dan Al-Mursalat) mengandungi tentang kisah Nabi-nabi yang terdahulu, kisah tentang neraka dan kisah umat-umat yang derhaka.

Allah menempelak manusia yang banyak pengetahuan dunia tetapi jahil dan lalai tentang akhiratnya.
“Mereka mengetahui tentang hal ehwal dunia tetapi lalai dengan akhirat mereka.” (Ar-Rum : 7)

Kita tahu tentang nama benda yang kecil dan mikro dalam tubuh manusia, dalam komputer, dalam kereta tetapi tidak tahu berapa lama api neraka dipanaskan, berapa kali ganda api neraka dari api dunia, apakah nama-nama makanan dan minuman ahli neraka dan lain-lain.

Kita tahu nama-nama artis , nama pemain bola dan nama selebriti tetapi kita tidak tahu apakah nama binatang yang menyeksa manusia di akhirat.
YA ALLAH HATIKU TERLALU BANYAK MEMIKIRKAN TENTANG DUNIA SEHINGGA MELUPAKAN MU

YA ALLAH HATIKU SENTIASA RUNSING KEHILANGAN DUNIA TETAPI BANYAK MANA AKHIRAT YANG HILANG DAN AKU BUAT TAK TAHU

YA ALLAH HATI YANG KERAS DAN BERPENYAKIT CINTA DUNIA INI HANYA LAYAK UNTUK DIBAKAR BERSERTA DENGAN SARUNGNYA SEKALI (JASAD) TETAPI AKU TAK DAYA MENAHAN API NERAKAMU

YA ALLAH BERSIHKANLAH HATI INI DARI PENYAKIT DAN CAMPAKKANLAH PADANYA CINTA PADAMU

SESUNGGUHYA SEMUA CINTA ADALAH SEMENTARA DAN MENYAKITKAN MELAINKAN CINTA PADAMU DAN CINTA APA YANG KAU SURUH MENYINTANYA.

YA ALLAH AKU TIDAK BERPUTUS ASA UNTUK MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN SIHAT UNTUK AKU PERSEMBAHKAN PADA MU DI SANA… BANTULAH AKU.. TOLONGLAH AKU.. JANGAN KECEWAKAN KU YA RAMAN YA RAHIM

Sumber : Blog Cina Islam 

Selasa, April 19, 2011

Sedapnya Char kuey teow ..



Sedap char kuey teow ni ..isi dia ada udang, kerang dan tauge disertakan sekali cili jeruk ...cubalah tapi bukanlah restoran atau cafe 5 bintang hanya gerai di medan selera Taman Teratai Ampang , kalau tak silap ada 4 orang anak-anak muda yang punya ..termasuk yang dalam gambar tu memerangkap tukang masak.. sedap dan cepat... gambar ni sshhhh...gambar curi ..segan nak keluarkan kamera so guna henpon murah akak ni ..maaflah gambar tak berapa clear ..lagi satu ..senyum jer derang ni ..harga pun sangat berpatutan RM3.50 untuk yang biasa kalau nak tambah udang ke kuey teow RM5 ..sesuailah untuk akak yang tak banyak duit ni kan ..so kalau ada masa datanglah kesini ..he..he akak tolong promote jerr ..bye  

Isnin, April 18, 2011

Mini cake



Lihatlah ..pandanglah badanku yang gebu itu (badan kek tau..) ..terima kasih cik dewi

Ahad, April 17, 2011

Hobiku


Mulanya hanya sekadar hobi ....bukan biness yang besar-besar ..tapi kalau diizinkan Allah mana tau boleh berkembang ..mudah-mudahan aminnnn...

Jumaat, April 15, 2011

Doa Solat Istikharah

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).



Sumber dari:http://doaharian.blogspot.com

Rabu, April 13, 2011

Muffin lagi...

Strawberi muffin

Coklat cip muffin

Ahad, April 10, 2011

Cartoon cupcakes




Cupcakes untuk imran ..
Happy birthday imran rajin-rajin belajar semoga jadi anak yang berilmu dan beriman ...

Khamis, April 07, 2011

Red and white Cake


Kek yang sama untuk hari ni dan minggu lepas ...nasib baik dah siap ..
balik hantar aqil..kak nor beritau ros ..air tak da..kak dapur saya dah macam kapal karam @ pecah pun yea..encik-encik kat syarikat bekalan air Selangor ..sian lah kat kami ..cepatlah betulkan paip tu yea ... kami nak masak ...ceh..ceh..cehhh..macam rajin sangat ..

Rabu, April 06, 2011

Singgahsana merah dan putih ...








Untuk tempahan sila email ke man5395@gmail.com
Insyaallah harga sangat berpatutan ..

Isnin, April 04, 2011

Chocolate Cake



...... minggu ni minggu coklat ....
....terima kasih pada semua yang sudi order dengan umi ..

Ini kita

My Blog List

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin