Selasa, November 30, 2010

Black and Blue Cupcake..



Terima kasih Zafidah ..order cc untuk majlis pertunangan adik ..lepas ni order untuk diri sendiri pulak lah yea ..aminnn..

Sabtu, November 27, 2010

Topped Fruit Plan



Kek untuk mereka yang bergelar bapa, ayah, ayah dzul, abah dan abah, ayah ngah dan papa zamri ...
jasamu sentiasa dikenang dalam ingatan ....

Khamis, November 25, 2010

Blueberry mini muffin untuk Nurul



muffin comel-comel ni aku buat untuk harijadi anak buah aku yang perasan mak we justin bieber aduhai minat sangat sampai nama pun sudah tukar tapi aku tetap panggil dia nuyul..he..he..he nuyul..nuyul..nuyul

Selasa, November 23, 2010

Blueberry cake



Lega rasanya bila dah dapat selesaikan kek ni ..terima kasih cik eita sebab order kek ni dan terima kasih sebab selalu beri sokongan
 Ooo..ya kek ni kek sponge vanilla layer dengan toping blueberry ..
kalau ada sape-sape yang berkenan jangan malu-malu kalau nak pinang dia ...insyaallah akan diterima dengan hati yang terbuka ..hantarannya tak mahal pun hanya sekeping note RM55 ..bodyshape dia lebih kurang 10" and tinggi +- 4" ...

Isnin, November 22, 2010

Segalanya berakhir disini..



Ya Allah berilah kekuatan dan ketabahan hati untuk sahabatku...temanku, hari ini adalah hari penentuan setelah hampir berbelas tahun hidup bersama menemui jalan buntu dan mungkin juga hari ini adalah titik nokhtahnya cinta yang disemai kian layu..pudar ... keindahan kini juga semakin hilang..dibawa angin dingin sepi atau mungkin dibawa arus kehidupan.. duniawi.. semua pengorbanan tidak dihargai ..sayang tiada..simpati tiada..rindu jauh sekali ..semua kaku..beku..bisu..seperti tembok batu ..kata-kata dinanti hanya seperti pesalah menanti hukuman . ..yang tinggal ..hati-hati yang terluka..hancur luluh ...berdarah.... pergilah..pergilah carilah sang pencari .. carilah.. kejarlah..jika itu yang kau mahu...
ku bermohon agar ada sinar dihujung sana ..sang pencari kejarlah pelangimu ..

Jumaat, November 12, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

by Mtd Kota Lama on Monday, November 8, 2010 at 10:37pm

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)  

Sumber dari Facebook ..kak yati zulkifli
Gambar ni pun aku copy dari blog ..lupe lak pulak jap lagi akak check yea ..

Khamis, November 11, 2010

Dewi untuk mu..



Untuk Dewi sempena birthday dia..dulu kastemerku sekarang dah jadi kawan pula mana dia pegi mesti ada sesuatu untuk aku..malu pula rasanya so pandai-pandailah kita berbahasa pulak kan ha..ha
mak ayahnya pun ajak aku datang rumah setiap kali ada family gathering kiranya aku ni pun dah jadi macam family dia ..adik dia selalu kata "akak jangan risau ayam ni saya beli dari kedai pak aji kat bawah tu kita orang tau lah kak muslim camna" ..agaknya nampak kot kerisauan aku  bila aku makan capati tak berkuah tapi .. yes itu memang betul aku akuii ..tapi yang sebenar-benarnya aku suka makan capati / roti canai  cicah sambal tumis ikan bilis ..agak pelik tapi itu yang aku sukaaaa....aku tak boleh tengok roti tu kembang ee..nanti tekak aku pulak terkembang sama kan membazir tu ...macam cik abe aku tu kalau makan mesti nak kuah dia melimpah dalam pinggan yang sama ..aku tak boleh..tak boleh sama sekali ..ialah selera masing-masing ..tak boleh nak kata apa....ok ...salam nak kuar pi jalan-jalan cari makan pulak..


Isnin, November 08, 2010

Selamat Pengantin Baru..




Direnjis-renjis dipilis..ditepungi lah tawar..hai beras kunyit ditabur..disiram si air mawar
lepas duduk bersanding jalan rapat berganding salam bersalam keliling sambil mata menjeling
Direnjis-renjis dipilis..ditepungi lah tawar..hai beras kunyit ditabur..disiram si air mawar
riang pengantin baru gurau senda bercumbu aman damai selalu sampai keanak cucu ...

Semuga bahagia, aman damai selalu sehingga keakhir hayat ...
terima kasih

Ini kita

My Blog List

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin