Khamis, Mac 31, 2011

Barbie Cake Honey Sofia




Untuk Honey Sofia sempena birthday, kecemerlangan dalam pelajaran and ko-ko , perlantikan sebagai pengawas ..seronok dengar dia bercerita  nani kan..umikan ..nanti nani nak jadi ...hari isnin nanti nani kena baca ikrar ..ada story telling ..lagi lagi lagi ... aku pun dah naik teleng kepala dengar cerita dia ..ha..ha..ha aku kan mak cik yang baik so dengar jerr yea ..

Rabu, Mac 30, 2011

Chocolate chip muffin




Salam ..
semua untuk sesi tayangan hari ini my choc. chip fresh from oven ..he..he..he muffin ni untuk mak cik dikawasan kejiranan aku, tapi tak tau pulak nama dia selalu bersembang juga tapi aku segan nak tanya nama ..aku ni kan pemalu orangnya ahaks...eeee..geli benor hati ni
untuk majlis cukur jambul cucu tersayang baby girl ..
terima kasih mak cik dan pak cik misnan (nama suami dia aku tau..) sebab dia orang kuat kat sini..
sekian wasallam ..
nak gi makan nasi dgn ulam jantung pisang cicah sambal belacan sapa nak join jom ..
aku masak ni ..jom lah teman aku sian aku ni hanya bertemankan tv

Khamis, Mac 24, 2011

White and blue Cupcake



CC biru putih untuk Dilla lagi ..tq sis

Selasa, Mac 22, 2011

Green and white cake

my cake eh..eh ..ok juga bila dah dihias indah-indah gitu kan ...

ready mari kita potong dia ...1..2...3..

ling.. lepas ni apa pulak acara nya ...

 raja dan ratu..diatas singgahsana
Selamat Pengantin Baru untuk along dan isteri..
semoga bahagia hingga keakhir hayat...

contact umi kalau nak cam nie...

Pelamin nie pun sama juga contact umi dulu...

Ayahanda dan bonda pengantin ..
bonda pengantin yang sungguh jelita mesti jeles cik abang sebelah tu ..
terima kasih kak nor dan suami memberi ruang untuk umi tunjuk bakat ..he..he

Isnin, Mac 21, 2011

Black and Pink Cake




Kek untuk Riyana dari Shah Alam sempena hari persandingan ..
terima kasih dik walau hanya kenal dialam maya kita macam dah kenal lama pulak rasanya ..
terima kasih juga untuk kak ina dan keluarga ..
Semoga Riyana dan suami  bahagia hingga ke akhir hayat .

Khamis, Mac 17, 2011

White Cupcakes




CC untuk bakal pengantin ..
nak datang kerumah menghantar kad jemputan ..
 pinggan ni pulak mak ngah honey yag  bagi cantikkan ...
bunga-bunga ni memang aku suka..
kalau boleh semua aku nak yang berbunga he..he
biar hati ku ni berbunga-bunga juga ...
bunga oh bunga ..bunga ...bunga....

Rabu, Mac 16, 2011

Cupcakes Dilla



CC untuk doorgift order dari dilla terima kasih ..
terima kasih juga kerana memperkenalkan pada kawan-kawan budimu Allah sahaja yang dapat membalasnya ..

Ahad, Mac 06, 2011

Maroon Cake



Maaf sebenarnya aku tak tau nama kakak yang tempah kek ni ..orangnya lemah lembut tutur katanya sopan, kecil molek orangnya aku rasa badan aku lagi besar dari dia, tapi bila dia sampai ..mak aiiii...dia bawa toyota hilux ..hmmm ada bisness kambing  ..ada ladang lagi ..kecil-kecil cili api tu ..
aku pun nak jadi macam dia bukan bela kambing tapi aku nak bawa hilux macam dia..

..... ialah bukan apa kadang kala kalau kita tak berduit, tak ada kereta besar, tak ada rumah besar memang dipandang hina, diperkecilkan, direndah-rendahkan... dahlah aku ni sememangnya dalam kategori tak cukup ketinggian ..macam melukut kat tepi gantang tu menambah tidak mengurang pun tidak mungkin lebih baik tak da kot cuma tidak diluahkan jerrr ..emas juga dipandang orang awak tembaga duk tepi no...

Maaflah terfeeeeeling sikit ..
Untuk kakak Hilux terima kasih kak saya nak jadi macam kakak ..

Khamis, Mac 03, 2011

Raisin Muffin



Muffin untuk minum petang nak yang kecil sedikit yea kak ...owait no problem
terima kasih dik ..kalau sudi orderlah lagi he..he

Selasa, Mac 01, 2011

Cream Puff Umi style...

untuk cik kiah ..


untuk tetamu yang datang..silakan

Hari ku yang sibuk melayan kerenah anak-anak yang semakin meningkat remaja yang perlu dijawab segala soalan dan pertanyaan yang kadangkala memeningkan kepala ..
haruskah aku ke MPH ke Pustaka Rakyat atau kedai buku yang POPULAR itu ..
 kena pergi juga ni nak cari buku untuk aku jadikan rujukan atau panduan yang sepatutnya ..
bulan ni nampaknya budget aku untuk majalah aku kena kurangkanlah untuk beli buku-buku yang aku perlukan ..
Sedikit masa yang ada ni pulak aku luangkan untuk oven ku
he..he oven tak bolek tinggal rezeki jangan ditolak..
cream puff ni untuk cik kiah i like her ..
dan ambil sedikit ya untuk tetamu yang datang kerumah 
silakan..

Ini kita

My Blog List

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin